Friday, June 22, 2012

Vintage Fan L.B.Elec. Japan - RM380

Kipas meja antik buatan Jepun oleh syarikat LB Elec. Ind.Co. (L.B.E).
Jenama yang begitu kurang di pasaran tapi sentiasa jadi buruan.
Condition keseluruhan memuaskan dan masih mampu berfungsi dengan baik dengan kelajuan pusingan yang baik. Ia berwarna hijau muda keputihan seperti dalam gambar.

Warna dan keseluruhan komponen masih original.
Warna fizikal walau pun agak pudar dan lusuh tapi ia adalah warna asal tanpa pernah di 'touch-up'.

Lebar diameter cover kipas adalah 45 cm seperti dalam gambar. Agak besar dan lain dari kelaziman biasa yang seangkatan dengan usianya.

Dimension seperti dalam gambar di atas merupakan ukuran sebenar secara manual.
Lebar tapak-23cm.
Tinggi-60cm.

Rupa yang masih elok disamping motor yang masih berfungsi dengan baik.

Arrow menunjukkan logo syarikat L.B.E yang mengeluarkan kipas ini ke pasaran.
Tertulis juga di bahgaian bawahnya perkataan 'L.B. DELUXE FAN'.

Arrow menunjukkan kunci 'tengkuk' kipas yang masih elok dan mampu mengunci dan mengekang kipas dari terlentok ke bawah ketika ia berfungsi. Ia mengawal tiga aras pergerakan cover bilah kipas samada ke arah bawah, tengah-tengah dan mendongak ke atas.

Plat logam emblem trademark syarikat pengeluar masih tersemat di bahagian belakang kipas.
Ia memaparkan beberapa maklumat tentang kipas ini sebagai rujukan pengguna.

Gambar menunjukkan butang pelaras kelajuan putaran bilah kipas. Ia mempunyai kelajuan maksimum pada tahap 3. Bulatan dalam gambar menunjukkan butang bernombor 2 dan 3 yang tidak boleh berfungsi lagi manakala butang nombor 1 masih baik menjalankan tugas sebagai pelaras kelajuan kipas.