Sunday, May 31, 2009
RAYMOND WEIL QUARTZ - SOLD
Rupa yang unik dapat menandingi jam auto yang lain...
Jam elegan dan penuh bergaya..
Mengekalkan strap kulit dan buckle yang asal..
Rare... rupa enjin quartz yang mempunyai 15 jewels..kemas dan bersih..
Antara ciri2 keaslian jam ini..
Logo Petronas menghiasi penutup belakang casing. Jam ini ada lah sebuah anugerah kepada seseorang yang dihargai oleh Syarikat Petronas...original commemorative...limited edition.
Pandangan sisi juga tampak segak bergaya...
Jenama : RAYMOND WEIL
Model : Geneve Sub-second
Buatan : Swiss Made
Pergerakan enjin : Quartz (kuasa bateri)
Kandungan Jewel(s) : 15 Jewels
Fizikal : Casing kuning keemasan yang agak pudar dan terdapat kesan2 calar dan perlu kerja2 pemulihan dan pembersihan. Enjin berfungsi dengan baik dan tepat masa (itulah kelebihan jam quartz..).
Diameter Casing : 34mm (saiz lelaki dewasa)
Crown/Pelaras : Original dari RW jenis kosong tanpa cop jenama.
Dial : Putih bersih dan cemerlang dihiasi angka2 Roman sebagai penanda waktu. Tiga bilah jarum penanda masa berwarna candy blue yang masih sangat cantik tanpa sebarang kesan karat dan berfungsi penuh.
Pelindung Dial : Kaca berbentuk cembung kualiti tinggi dan original dari RW.
Logo Jenama : Dial, penutup belakang casing dan buckle. Tanda pada bahagian dalam strap kulit telah hilang. Enjin juga tidak bertanda RW tapi tetap original dan bertanda 'SWISS V8' dan '15 JEWELS'.
Jenis Tali Ikat : Jenis kulit tulin berwarna hitam Original dari RW tetapi telah kehilangan cop tanda jenama dibahagian dalam akibat kesan pemakaian. Buckle juga adalah original RW.
Nota : Jam jenama kategori mewah yang bergaya dan unik. Jarang jam berkuasa bateri buat sub-second pada sub dial.