Monday, January 18, 2010

Original JEAN PAUL GAULTIER - SOLD


Sepasang kacamata berlabel mewah jenama Jean Paul Gaultier.
Walau namanya tidak lah jadi sebutan sehangat Dunhill atau Cartier tetapi hakikatnya ia berada sebaris dengan jenama2 hebat dan mewah di persada fesyen yang serba glamorous zaman ini seperti Chanel, Dior atau LV. 'Hanya jauhari yang mengenal manikam'.
Sedikit info dan gambar untuk penelitian terperinci disediakan untuk kajian dan tatapan anda.


Cop jenama terukir timbul pada permukaan depan sarung kacamata ini.

Ukiran tanda jenama pada bingkai tengah kacamata.
Keseluruhan bingkai adalah jenis steel chrome seakan-akan logam perak yang masih bersinar secara total.

Pandangan depan spek ini yang kelihatan begitu sporty dan elegan.
Sesuai dipakai dalam apa jua keadaan.

Lense jenis two-tone. Di bahagian atas agak gelap sedikit dari yang di bawah. Amat selesa digunakan untuk pemanduan di dalam cuaca panas terik.Tidak silau dan pandangan juga jelas.

Didatangkan lengkap dengan sarung original.

Pandangan sisi yang menampakkan kedua2 kaki spek ini yang flexible menggunakan spring untuk bukaan yang lebih luas kiranya si pemakai mempunyai bentuk muka yang lebar sekalipun.

Cantik, bergaya, berprestij dan selesa dipakai.

Cop jenama JPG pada bahagian dalam sarung. Agak kabur kerana baldu yang meliputi permukaan dalam sarung agak tebal.

Cop trademark 'Buatan Italy' terpahat pada bahagian dalam kaki kanan spek ini membuktikan ianya adalah asli dan bukan seperti spek 'pasar malam' atau seperti istilah remaja kini iaitu 'cap ayam'..

Di sebelah dalam kaki kiri pula terdapat cop jenama dan nombor siri produk ini.

Ukiran jenama JPG terdapat pada bahagian atas kedua2 kaki spek ini.
Cop jenama ini tenggelam dan amat halus ukiranya menunjukkan kualiti dan kesungguhan buatanya di tahap tinggi.

Berada di dalam sarung yang lembut di bahagian dalam dan keras di bahagian luar bagi menjamin keselamatan dan melindungi fizikal spek ini dari bengkok atau pun calar kiranya ia terhimpit atau tertindih di dalam beg atau sebagainya.

Sarung asli jenis 'hard cover' berwarna putih cream ini dibekalkan bersama spek sebagai pakej jualan.

Jenama : JEAN PAUL GAULTIER
Buatan : Italy
Status : Terpakai/Used
Keadaan : Sangat elok (9/10)
Model : Unisex (lelaki boleh,pompuan pun ok juga..)
Jenis Lense : Two-Tone (Hitam dan Cerah)
Frame : Steel Chrome (masih berkilat dan bersih).