Sunday, March 14, 2010

SEIKO Sea-Lion C22 Automatic - SOLD

Seiko Sea-Lion C22
Automatik
24 Jewels
Diameter casing: 36mmx40mm
Condition masih berfungsi dengan baik menghitung masa dan fungsi kalendar juga masih elok.


Permukaan dial masih cantik cuma terdapat habuk2 halus yang menjadikan ia nampak kusam dan pudar. Anda perlu cari tukang jam untuk buka dan cuci cermin dan bersihkan permukaan buang habuk pada permukaan dial tu untuk kembalikan serinya! Dial jam ini berwarna silver two-tone tu sebab susah nak ambik gambar yang cantik kerana ia membiaskan cahaya.
Cermin terdapat sedikit kesan calar2 halus. Masih elok lagi dan tak perlu tukar baru.

Terdapat emblem Seiko 'selfdater' dan '24 jewels'.
Bagi saya jam ini unik bukan saja kerana ia dari keluarga Sea-Lion tetapi ia lebih unik dan jadi buruan kerana enjin nya dibekalkan dengan jewels yang agak banyak bagi sebiji jam Jepun iaitu sebanyak 24!

Bracelet dan folding clasp s/steel yang agak panjang dan sesuai untuk tangan lelaki dewasa.

Logo imej singa laut/sea-lion masih terdapat pada permukaan belakang penutup casing walau ia agak pudar akibat kesan pemakaian. Kalau nak tengok logo tu perlu tengok dengan teliti sebab ia dah agak pudar.
Terdapat perkataan 'Sea-Lion C22, Diashock,Waterproof dan nombor siri produk.

Enjin C22 automatik 24 jewels yang masih cantik dan bersih...running juga ok...