Wednesday, October 5, 2011

Jam Dinding 2 Kunci STAR-SOLD

-Jam dinding lama jenama Star
-Rupa paras yang menarik tapi perlu repair sikit
-Sila teliti gambar untuk lebih kepastian dan status beliau...
-Harga jualan yang sangat murah untuk sebuah jam lama/antik..
-Harga semasa bagi jam yang dalam keadaan sempurna tak payah servis sekitar RM350-RM480
-Di MyLocken HANYA RM180 siap poslaju dan hanya perlu selenggara sikit saja...

Pemandangan side depan jam ini yang sememangnya masih cantik kayu asasnya. Bahagian depan takde terkopek atau pecah tapi bahagian belakang ada sikit kesan terkopek pada permukaan papan (lupa snap gambor utk bhgn blkg...)

Side kiri dan kanan body kayu jam ni juga masih elok dan tak rosak.

Bahagian dalam juga elok dan bersih.

Muka jam ni masih cantik dan mulus...sudah nak dapat lawa macam nih...

Ni parts jam nih...bandul masih lawa dan berkilat...sepasang jarum masih elok dan lurus serta mengekalkan warna hitam asal...cuma kunci dan rosak pada bahagian pemegang untuk pulas tapi lubang pada kunci masih elok dan boleh guna dengan sempurna...itu dia kelebihan dan kekurangan jam nih...

Enjin original tapi rasanya perlu servis sebab jam ni saya simpan dalam keadaan tidak digunakan jadi tak pasti enjin berfungsi sempurna atu tidak...


Anak panah menunjukkan satu bahagian yang mana jika kita tarik ke bawah akan menyebabkan bunyi terhasil secara manual, ia telah saya uji sendiri dan ternyata ia masih mamapu menghasilkan bunyi paluan yang kuat..lain2 tak pandai sebab sebenarnya bidang jam dinding ni tak berapa tau...siskit2 tau lah tu pun rujuk dari kawan2 peringkat otai...
-DIJUAL SEADANYA..SOLD AS IS...FOR YOU TO FIX IT-