Monday, May 27, 2013

TITONI 14K Gold Rim - SOLD

Sekian lama model ini tidak lagi muncul di mana2 blog penjual jam tanah air kita. Kini di simpanan teman ada sebijik untuk dijual berpatutan dengan kondisinya. Kondisi keseluruhan agak bagus juga dan sesuai dijadikan koleksi. Model agak jarang dan sering diburu peminatnya yang tersendiri.

Walau bukan box asal tapi ia sepadan dan sama usia...box vintaj..

Dial jam ini boleh diteliti sepenuhnya dulu,tak berapa cantik tapi sangat unik...kenapa unik???
a. Terdapat satu batu permata pada setiap marker jam,batu2 ini bukan sebarangan batu sebab menurut rakan yang 'pandai batu' berkata ia adalah jenis batu yang mempunyai nilai carat yang tertentu.
b. Rim (fluted) dibuat dari emas solid 14K.
c. Diameter casing 38mm iaitu lebih besar dari model Cosmo King biasa yang mempunyai rim fluted biasa (bukan emas 14K)

Crown original, tegap dan besar.

Ukiran yang sangat berseni, kadangkala rasa sayang untuk dilepaskan...

Enjin automatik boleh berfungsi dengan cara auto atau pun cara kunci,

Tertera simbol '14K' pada case back jam ini sebagai bukti ia adalah Cosmo King 14K rim yang sebenar bukan model Cosmo King biasa...

Bracelet two-tone bukan yang asli tapi ia sepadan dan boleh digunakan. Bracelet asal tah ke mana tak pasti sebab sewaktu dapat jam ni dari pemilik asal keadaanya dah memang begitu.

Berpatutan dengan harga...