Friday, November 6, 2009

Vintage SANDOZ 10 Microns GP - SOLD


Sandoz manual wind atau berkunci. Jenis pergerakan enjin yang kurang diminati oleh sesetengah pengumpul jam tangan lama. Tetapi tidak kurang juga yang menggemari nya. Setiap perkara pasti ada pro-kontra nya. Terpulang kepada minat masing2. Model yang saya jual ni agak istimewa kerana casing jam ini jenis 10 microns gold plated.


Dial yang bertekstur jalur-jalur keemasan.
Dilengkapi sepasang jarum menghitung jam dan minit juga berwarna keemasan

Casing berukuran 34mm (tidak termasuk crown) dan 35 mm lug ke lug

Tarikh jenis non-quick set...
Crown jenis tidak bertanda jenama.

Model Sandoz manual wind yang mempunyai hanya dua jarum penanda masa...

Strap kulit jenis biasa digandingkan dengan buckle juga jenis biasa.

Enjin manual yang masih cantik berwarna keemasan.

Bedah siasat organ dalaman jam ini...

Penutup casing bertanda jenama Sandoz.

Cop menunjukkan saduran emas pada casing.