Sunday, November 22, 2009

Vintage BULOVA Sub-Second - SOLD

Model Bulova yang sangat unik dan klasik sekali. Menarik perhatian kerana casingnya yang nipis dan bentuk lug yang agak dinamik dari jam2 lama yang lain. Ketepatan belum di uji dan tahap water resist juga tidak diuji. Rasanya jam2 lama macam ni tak perlu bawak ke aktiviti lasak atau aktiviti yang boleh menyebabkan dia teruji dengan kasar atau berat. Simpan saja buat koleksi atau pakai untuk bergaya je...bukan mudah nak dapat nih...


Jam antik ini masih berfungsi dengan baik menghitung waktu...

Casing bersaiz : 35mm termasuk crown, 40mm lug ke lug, tebal 7mm.

Dial yang masih bersih walau dah berusia puluhan tahun..

Sangat elok fizikal dan mekanikalnya walau dah sangat 'tua'.

back case memaparkan ukiran jenama, no siri dan '10K rolled gold plate'

dalam keadaan berasingan sesama sendiri..mudah buka dan mudah dipasang semula..

ukiran pada belakang back case...emas la gamaknya ye tak...

enjin yang masih bersinar dan bersih tanpa sebarang kesan karat atau kulat...

strap kulit jenis biasa..kalau nak lagi cantik dan kreatif kena tukar strap lain rasanya nih..
takpe kepada sesiapa yang beli nanti saya tukarkan dengan strap yang baru...