Wednesday, December 9, 2009

Very Rare-TITONI COSMO 66 Auto - SOLD


Model Cosmo 66 ini agak RARE di pasaran. Saya dah simpan agak lama sebagai salah satu jam yang jadi kesayangan dan koleksi peribadi. Jam ini memiliki aksesori yang keseluruhanya adalah original dan bertanda jenama Titoni.
Sedikit info disertakan untuk rujukan anda mengenai jam ini.


casing s/steel yang masih bersinar walau terdapat kesan calar2 halus..belum polish memang macam tu...cermin pulak jenis kaca yang dipotong style 'diamond-9'..jernih dan tanpa calar...

dial agak bersih dan cantik lagi..marker jenis timbul dan jarum masa warna putih..
semua emblem dan logo masih ada di kedudukan masing2..


cermin unik yang tebal dan jernih....casing dan dial yang dinamik..

enjin masih lancar dan berfungsi dengan baik..

crown masih original...tarikh dan hari jenis 'quick set'..mudah dan cepat untuk dilaras..

strap getah bercop jenama Titoni dan logo trademark...
tak pasti strap ini ori atau tiruan tapi yang pasti memang susah nak dapat strap ni...


buckle juga bercop jenama Titoni...mana lagi nak cari benda2 unik macam ni...?susah nak cari dah....

jam ini agak unik dan elok dalam kategorinya (vintaj) kerana keseluruhan kondisi dan aksesorinya yang masih original dan modelnya sendiri yang sukar didapati sekarang...amat berbaloi untuk dimiliki..