Tuesday, December 22, 2009

Vintage ENICAR DIAMOND-9 Auto - SOLD

Jam ini agak unik dan menarik dari segi cermin acrylic nya iaitu jenis ada potongan ala2 diamond yang terbahagi kepada 9 bahagian. Potongan nya pulak dari side dalam dan bukan dari luar macam sesetengah model Pagol dan Titoni yang pernah saya jumpa. Saya bagi nama 'diamond-9' je cermin camni sebab dia seakan2 berlian...sedikit info ringkas pasal background jam ini disertakan kepada peminat yang ingin tahu.Gambar2 yang serba ringkas dan daif juga disertakan untuk penelitian terperinci.


Casing bersaiz diameter 37mmx40mm. Dial masih sangat bersih dan cop serta trademark masih sangat jelas dan asli (Titoni Cosmo66 tu penyeri majlis je....).

Cermin acrylic yang sangat menarik dan unik seperti jugak Cosmo66 yang ada kat sebelah dia tu. Cermin tebal dan bersih serta sangat jernih berseri.

Pasangan kembar lain keturunan. Dua2 automatik. Sama cantik sama unik.

Gambar ini saya sengaja 'on' kan flash agar nampak seri gemerlapan terpancar dari cermin unik tu.

Model kedua2 jam ini sangat jarang kedapatan lagi.
RARE items!

Kombinasi cermin,dial dan casing yang masih sangat lawa.
Sangat sesuai dijadikan koleksi atau pun dipakai bergaya.

Gambar fokus dekat agar peminat puas hati melihat dari dekat jam unik ini.

Cermin lebih tebal dan unik dari jam2 model yang lain.

Enjin masih sangat bersih dan berfungsi dengan sempurna. Masa, tarikh&hari bulan semuanya berfungsi dengan lancar dan baik.

Penutup casing juga masih elok dan bercop jenama Enicar. Kelihatan di situ crown original yang memaparkan logo trademark Enicar.

Note : Cara nak set kalendar (tarikh dan hari) :-
Untuk set KALENDAR HARI/DAY : Tarik keluar crown dan pusing ikut arah jam dengan kiraan 24 jam iaitu 2 kali pusingan melewati pukul12. Hari akan bertukar secara automatik selepas itu.

Untuk set KALENDAR TARIKH/DATE :
Tarik keluar crown dan tekan masuk semula. Tarikh akan bertukar dengan jaya nya. Buat berulang kali sehingga jumpa kepada tarikh yang dikehendaki. Cara yang amat unik dan berbeza dari jam jenama lain. Mudah dan ringkas.