Friday, May 7, 2010

JUALAN SAMBUTAN HARI LAHIR AKU...

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog naif aku nih...kat sini aku nak umumkan yang aku sedang bermurah hati nak jual murah2 brg2 aku dlm blog ni terutamanya jam2 tangan yg sememangnya topik utama blog ni diwujudkan. Kepada yg berminat nak beli jam2 dlm blog nih jangan segan2 dan jgn malu2 SMS/CALL terus pasti aku akan bagi harga best asalkan aku tak rugi bermaksud jgn la sampai bawah dari modal,klu takat boleh cover kos pos laju pun dh kira ok...tak caya try....bkn selalu aku wat cam ni, setahun sekali je...ada lg jam2 aku ada blom masuk blog so sentiasa lah follow-up utk jam2 terbaru dari aku...
*OFFER HANYA DALAM SAH UNTUK BULAN MEI 2010 INI SAHAJA.
Kerana apa tetiba nak let go murah2..? Kerana aku sedang buat 'JUALAN SEMPENA HARI LAHIR' aku sendiri yang ke 33 tahun pada 03 Mei yg br lps nih...aku lambat update blog sbb bwk anak2 dan isteri jalan2 ke KL dan Sunway Lagoon. Tiga hari (1-3 Mei) yang sangat sebok dan penuh program (kenduri dan ronda2 di KL).
Aku org Lumut, Perak..lo
kasi keje dikelilingi laut-Pulau Pangkor, Teluk Batik, Teluk Rubiah, Teluk Senangin, Segari dan lain2 lagi..11 tahun kena angin laut ulang alik keje so senang cerita agak jemu jugak ler asyik tgk laut, pantai, kapal Navy, sampan jer jd tukar angin plk g kotaraya sesak dan penuh dgn bangunan plk...saja cari masalah....hehehhee...seronok gak sbb sempat luangkan masa bwk anak2 aku yg belum pernah masuk Petrosains dan Sunway Lagoon tuh...ni ada beberapa pics aku pick utk tatapan bersama rakan2 yg tak pernah tgk sapa dia
Zul MyLocken.
..lets check it out!

01 MEI 2010 (Cuti Hari Buruh) -Kenduri Do'a Selamat di Tambun,Ipoh,Perak.

Pak mertua aku yg anjurkan kenduri ni kat rumah dia sempena dia naik pangkat dalam tugas dia sebagai Komando dan sempena sambutan hari lahir dia yang kebetulan sama tarikh dengan menantu dia iaitu aku lah! hehehhee...saja buat awal skit...hepi besdey to kami....tgk dlm pic kt atas tu Hj Wahid Senario pun tak lepas peluang dtg menjamu selera..cute boy kt sebelah dia tu plk anak sulung aku Muhammad Zafran Zafri (4.8thn) tk lepaskan peluang bergambar dgn pelawak favourite dia....

Ni plak anak2 yatim dari sebuah Pusat Jagaan Anak2 Yatim Tambun. Kesian tgk diorg yg kecik2 ni hidup takde mak bapak. Bila tgk diorg makan memang seronok sebab budak2 kan memang selalu berselera makan jadi kitorg jamu selagi ada juadah utk depa ni...bukan selalu pun ada keramaian macam ni...aku sentiasa do'a kan anak2 ni membesar dengan baik dan jadi orang baik2 dan jadi pembela agama Islam di bumi Malaysia ni...hijau putih kehidupan ku...

Haaa...! ni lah Zul MyLocken klu korg nak tgk...hehehhee...aku tgh buat2s ebok jadi bentara meguruskan jamuan kepada tetamu...aku agak sebok gak sebab dalam family pak mertua aku dia sorang lelaki jadi tenaga kerja lelaki tu kurang la..walau cmana pun anak2 tiri dia ada gak 3 orang lelaki jadi dapat gak cover tugas2 kenduri ni..
Kalau korang terserempak aku kt mana2 tegur la sebab ramai yg aku tak pernah jumpa tapi sering berurusan...senang je nk cam aku...kepala tk berapa ada rambut dan Ray-Ban mesti sentiasa pakai tak kira cuaca...hehehehe..


02 MEI 2010-PETROSAINS, KLCC, KL.

Ni plak masa bawak anak ke Petrosains..boleh lah jugak best nay tempat ni...sesuai untuk kita cari info dan bagi pendedahan pada anak2 utk mendalami ilmu sains...tu anak aku tgh racing naik kete F1 Petronas dalam gambor tuh....


03 MEI 2010-SUNWAY LAGOON.

Taman tema yg agak besar dan mengasyikkan...kitorg masuk pkl 11 pg klr pkl 4.30 ptg...berapa punya lama daaa....tak sedar masa berlalu sebab leka tengok anak2 main air...

aku, anak2 dan isteri dikelilingi koboi2 dan maskot....

Muhammad Zafran posing depan Mr.Maskot...

Aku tak ronda habis lagi dalam nih sbb pergerakan agak terbatas sebab anak kecik lagi baru 8 bulan...so coming aku akan buat lawatan susulan bila anak aku besor sikit...