Monday, March 7, 2011

DALIL DIVERS 200M AUTO - SOLD

Swiss made Dalil Diver's 200 Meters.
Casing black steel ala2 Titanium.

Automatik 17 jewels. 39.5mmX45mm.
Kalendar kaedah quick-set.
Bezel putar dwi-arah.

Nato strap hitam dan nylon military strap hijau.


Model jam edisi penyelam yang aku rasa korang belum pernah tengok, jumpa apa lagi belek2. Menarik sekali rupa parasnya dengan kombinasi warna casing dan dial serta marker yang menyerlahkan penampilan 'garang&berani' sebuah jam penyelam. Sengaja aku gandingkan dengan Mat Bond dalam satu blind date yang memang 'diorang' tak sangka sama sekali. Ternyata Mat Bond hilang populariti seketika walaupun 'rakan baru'nya tu hanya berkeupayaan menyelam 200 meter sedangkan beliau sendiri boleh mencapai 300 meter tapi dari segi rupa paras ternyata Mat Dalil lebih mencuri perhatian. Itu sekadar pendapat daif aku sebagai perbandingan untuk kali ni. Korang tengok la tu, mana tak hangin Si Mat Bond dah la tengah jeles kat Mat Dalil pastu jadi mangsa tindih plak tu! hehhehee....nasib badan...

Crown Dalil ni agak besar jugak dan terlindung sikit kat bawah dekat dengan lug. Itu mungkin trademark brand ni agaknya. Tapi kalau nak compare dengan brand lain kebanyakanya crown diorang duduk kat pukul 3.

Bezel boleh putar dwi-arah. Ada kesan tergeser pada angka 10 tu. Cacat sikit tapi pada bahagian lain memang masih lawa dan jelas lagi. Owner lama buat apa tak tau la sampai tergeser macam tu sekali tapi kadang kalau pakai dalam ofis sekali pun boleh gak jadi macam ni disebabkan langgar bucu meja atau tersagat pada dinding waktu jalan lenggang kangkong. Aku dah pernah kena masa pakai Seiko Monster sebelum ni, memang rasa geram kat dinding tu padahal aku yang lalai ketika catwalk masa tu hhehehee.
Ini pulak aku tampilkan Dalil ni dengan kemasan strap nylon military hijau askar yang aku beli dari saudagar jam2 purba dari Sarawak tak lain tak bukan Blogger Ijan-'Jamlama' kira-kira 2 tahun dulu. Nato hitam tu pun beli dari dia gak baru-baru ni.

Pandangan sisi kiri dan kanan mempamerkan ketebalan dan kekemasan bezel disamping casing hitam digabungkan dengan kombinasi warna hijau army oleh strap nylon tu. Kelihatan agak serasi.

Mana lagi kemas dipakai Mat Dalil ni, nato ke nylon?
Mmmm..dua-dua pun masyuk....

Segak..itu yang mampu aku katakan dengan aksi mengada-ngada nya tu...

Tak nk puji lagi nanti dia bangga lebih2 pulak...Mat Bond tu dah lama merajuk dengan perangai riak dia ni...

"Jangan pandang belakang Dalil...."

Kat permukaan penutup casing jam ni tertera pelbagai teks2 yang membawa maksud2 tertentu. Antaranya 200M yang menobatkan jam ni sebagai jam penyelam yang boleh dibawa ke masuk ke air sehingga 200 meter kedalaman. Tapi nak bagi tau jam ni aku tak uji water ressist dia sebab ia jam lama jadi takut jadi sebaliknya. Barang usang macam ni elok simpan atau pakai bergaya je,kalau nak menyelam juga tak payah le ambik risiko dengan merejam dia sekali.

Rupa paras movement 17 jewels yang masih cantik berseri jauh dari dalam. Takde karat pun yang aku jumpa sepanjang penyelidikan, itu membuktikan air tak pernah masuk dalam enjin selama ni. Agaknya lah....

next..

next...

next...

next...

Tangan hitam ala-ala Titanium tu tangan aku sendiri bukan tangan jiran atau owner asal. Tangan 24 carat tu tak jual sekadar aku pakai sendiri jer hehehhee...tapi yang tersemat kemas kat tangan aku tu boleh di bawa berbincang kalau ada hajat yang mendalam dan kesungguhan yang jitu. Korang tau nak cari aku kat mana kan....016 5385356-mylocken.blogspot for all dan tak lupa : Islam For All.