Sunday, March 6, 2011

MURAH GILER! 2 OMEGA DeVille-SOLD

Jualan cincai segera utk sepasang Omega DiVelle.Men 35mm,Lady 23mm.Dua2 guna enjin kunci Cal.625.Jalan cun tepat masa.Model men casing gold plated 20 mcrons sangat elok takde sebarang cacat atau terkopek.
First come first serve.

Begitu mesra sekali mereka bagaikan belangkas yang tak mahu lekang2 lagi...
Cik Om yang seperti anak dara baru berkahwin tak jemu2 berkepit sakan dengan si jejaka baru.


Ini lah dia Mr Dev si jejaka teman baru Cik Om yang agak miang tebu tu. Mentang2 muka cun terus aja menggoda si jejaka yang baru menjadi tetamu MyLocken. Ini ada sikit info latar belakang beliau:
Model : Omega Deville
Enjin : Manual/Kunci
Casing : Goldplated 20 microns
Saiz : 34mm
Kondisi : Sangat cantik dan berfungsi dengan cemerlang secara overall!


Foto kenangan Cik Om sewaktu masih bersama Si Master. Di belakang kelihatan samar2 kelibat mat Bond yang makan hati berulam jantung melihat Cik Om dikapok Si Master, tapi itu dulu, kini Simaster pulak yang makan hati ulam petai pasal aweknya yang seksi tu telah dirampok Mr Dev...Mat Bond masih setia menunggu peluang...


Sama cantik dan sama padan. Ketepatan masa juga hampir sama setelah diuji seharian.
Model sama dan juga menggunakan enjin caliber yang sama iaitu Cal.625.

Cik Om sentiasa di hati Mr Dev...

Dial yang sangat bersih dan suci serta cermin yang masih jernih dan jelas pada jam ini. Ada sikit kesan2 calar halus terdapat pada permukaan cermin acrylic . Diharap buyer boleh cari inisiatif sendiri untuk menghilangkan kesan calar halus tersebut sebab saya tak pandai nak melaksanakanya. DIY (do it yourself).

Casing goldplated 20 microns yang masih sangat elok dan sempurna.

Sepasang jam tangan Omega yang sedondon.

Strap kulit bukan original Omega. Hanya buckle berlogo jenama Omega.


Crown berwarna gold masih original dan berfungsi dengan baik.


Rupa paras enjin Cal.625 yang masih sangat cantik dan berkilauan. Ia menyamai enjin caliber yang sama yang digunakan oleh Cik Om.

Rupa permukaan dalam penutup casing.

Arrow menunjukkan angka '625' pada permukaan belakang jam ini. Mungkin ia merujuk kepada nombor siri caliber yang digunakan oleh jam ini.