Thursday, December 8, 2011

MAUTHE Germany Wall Clock - RM220

-original Mauthe Made In Germany
-casing,cermin kaca dan dial sahaja untuk dijual enjin dan jarum dah takde
-keadaan sangat elok dan cantik
-alat ganti yang sangat sukar didapati

Keadaan masih cantik dan lawa walau dah berusia berpuluh tahun tapi ia sekadar alat ganti kiranya anda ada model yang sama dalam simpanan untuk di 'upgrade' kan. Kalau nak buat perhiasan macam tu saja kat dinding rumah pun boleh juga. Ia memang masih lawa lagi. Sila tengok gambar2 lain untuk penelitian lanjut.

Arrow dalam gambar tu ialah dimension ukuran diameter casing keseluruhan iaitu 315mm. Diameter dial pulak ialah 273mm mengikut ukuran bahagian depan dial.

Cun lagi, gantung saja2 kata dinding pun kira ok jugak kot....

Tu dia logo trademark jenama Mauthe generasi yang ke berapa aku pun tak pasti sebab brand ni ada guna banyak logo dan berubah-ubah dari masa ke semasa...check la fakta ni dalam gooogle kalau anda rajin demi untuk kepastian...

Perkataan 'MADE IN GERMANY' masih kedapatan dengan keadaan yang masih jelas.

Cermin boleh dibuka pada satu lock yang terletak pada kedudukan pukul 6.

Tebal keseluruhan ialah 64mm dan cermin pulak jenis kaca cembung. Cermin pun lawa lagi dan takde calar serius.

Mengikut pengamatan saya kalau tak salah plate logam yang menjadi casing pada rajah yang bertanda arrow tu ialah jenis tembaga. Mengikut warna nya yang kemerah-merahan jelas ia adalah tembaga jenis lama dan baik.