Sunday, December 4, 2011

Vintage Oriental Ceramic Tea Set by Nikko - SOLD

Set terdiri daripada :
-1 unit teko dengan penutup
-1 unit bekas gula dengan penutup
-1 unit bekas susu/creamer
-6 unit cawan
-6 unit piring lapik cawan
-semua adalah original keluaran Nikko Oriental Ceramic
-condition sangat bagus dan memuaskan tanpa pecah atau sompek

Gambar di ambik masa niaga kat pasar karat Memory Land (Loken,Ipoh) siang tadi (Ahad)...ramai yang merisik tapi sebab harga tak sesuai jadi tak dapat nak lepaskan...cuba iklankan kat dalam blog pulak kot2 jumpa jodoh dia...

Ilustrasi menarik dan kelihatan mewah gaya Inggeris...bukan nak banggakan orang Inggeris pulak tapi tulah gaya yang memang ada pada set nih...


Imeje dalam gambar adalah rupa cop jenama yanga tertera kat belakang setiap satu unit kelengkapan yang terdapat dalam set nih....tapi kecuali bekas creamer rasanya takde cop ni tapi ilustrasi tetap sama, saya tak dapat jelaskan kenapa sebab tak arif dalam bidang pinggan mangkuk nih..


Condition masih elok lagi...sesuai nak guna hari2 atau pun nak letak dalam lemari buat perhiasan pun boleh...terpulang pada anda...

Menurut seorang rakan yang arif dengan perkakas ceramic macam ni kata nya ia dah berusia lebih kurang 20 tahun, saya tak pasti samada pendapat tu betol ke tak...anda lebih tau jawapanya kerana anda lebih bijak sebagai pengguna/pembeli...