Tuesday, August 13, 2013

Very Rare Swiss Made SONATA Record Player - RM2600

-Pemain rekod lama mudah alih
-Jenama Sonata buatan Thorens-swiss made
-Sangat unik dan berbeza dari jenis2 kebiasaan pemain rekod seumpamanya
-Masih berfungsi dengan baik (terbukti berfungsi setelah diuji).

Pemain rekod ini merupakan antara yang ter-unik pernah saya lihat dari banyak2 pemain rekod sama era dengan nya.

Dilindungi kotak dibahagian luar nya. Kotak kayu dihiasi imej lukisan bermotifkan pemandangan pokok. Di bahagian atas kotak pula imej seekor naga yang sedang melingkarkan badan nya.

Pandangan sisi kanan kotak mempunyai lubang kecil untuk memasukkan engkol pemutar bagi menghidupkan enjin pemain rekod ini.

Ini gambar semasa saya menguji fungsi pemain rekod ini. Ternyata ia masih boleh digunakan dengan baik. Mampu memutarkan lagu pada rekod dengan bunyi/suara yang agak kuat.


Arrow menunjukkan perkataan 'Made By Swiss Firm'. Tulisan agak kecil jadi tak dapat nak tunjuk dengan jelas selain ia terlindung disebalik komponen seperti dalam gambar tu.

Di atas merupakan imej enjin pemain rekod ini. Ia memaparkan imej ukiran yang berbunyi 'Thorens swiss made'. Ia disertai dengan logo barangan tersebut dengan perkataan berbunyi 'O.SCHOCH SWISS-MADE'.

Pemegang kotak tersebut diperbuat dari logam jenis tembaga. Jelas juga kelihatan gambar lukisan bermotif pemandangan pada permukaan kotak tersebut.

Gambar menunjukkan peti simpanan mata jarum pemain rekod tu yang terdapat dibahagian dalam kotak.

Sejumlah jarum 'mata' pemain rekod ini dibekalkan kepada pembeli bersama pemain rekod ini sebagai pakej.

Peti muzik zaman dulu..sekarang memang susah nak jumpa dah....