Wednesday, August 14, 2013

Rare KIENZLE Tam-Tam Germany - SOLD

Jam loceng meja antik jenama Kienzle buatan Germany dan ia adalah keluaran sempena Piano Forte dan Tam-Tam (teman pun tak pasti apa maksud Piano Forte tu...)
 Jam berfungsi dengan baik. Loceng pun berbunyi dengan baik dan agak kuat.
Jam loceng rare Kienzle Tam-Tam yang sentiasa jadi buruan collector Kienzle.

Muka jam masih bersih dan agak cantik jika dibandingkan dengan usianya yang dah berpuluh tahun. Cermin pun elok takde pecah atau retak. Calar2 sikit biasa lah tu barang antik....

 
 Casing jam ni sebenarnya cantik jika dibersihkan dan kalau di 'polish' semula, cuma teman tak sempat nak buat so jual seadanya lah...

 Tu dia fokus dekat pada permukaan dial Tam-Tam...susah dapat nih....

 Agak besar sikit dari kawan nya Si Smiths tu...(Smith tu dh jual dah...)

 Bulatan merah kat dalam gambar atas tu nak bagi tau bahawa punat penekan untuk memberhentikan bunyi loceng telah hilang atau tiada lagi tapi walau bagaimana pun perkiraan jam masih berjalan baik. Loceng berbunyi kuat dan nyata.

Ni pulak imej anak panah menunjukkan dua pelaras untuk memusing setting pada belakang casing bercop ada bertanda nama Kienzle, so ia membuktikan bahawa ia adalah komponen asal dan tulin dari jam ini.