Wednesday, August 8, 2012

MONDIA Skin Diver for sale...SOLD

Model diver lama dari Mondia swiss made. Dengan berbekalkan enjin manual winding ia adalah jenis rare pada era ini. Ia dapat dibuktikan dengan terteranya imej seorang penyelam yang sangat seksi kerana hanya memakai 'seluar kecik' dan kaki itik disamping goggle dan alat pernafasan dikhalayak umum pada permukaan case back jam ini yang tak dapat kita tengok pada jam2 moden dewasa ini...

BERMINAT? sila call/sms 016-5385356-Zul Putera

Imej di atas membuktikan bahawa jam ini adalah jam diver sejati yang telah melalui zaman kegemilangan sebelum teknologi canggih dan professional sekarang ini mengambil alih status beliau sebagai peranti masa yang agak tersohor pada zaman remaja nya...

Inilah rupa sebenar Mondia Skin Diver yang telah aku dapatkan dari seorang rakan di Ipoh.
Model ni pertama kali aku perolehi semenjak berjinak2 dengan dunia horologi. Sebut rare nanti risau keterlaluan plak tapi hakikatnya ia memang jarang dijumpai.

Jam ni masih cantik lagi dalam kategori vintaj. Tapi kalau bagi seorang pengumpul jam cantik dan sempurna pasti tak minat sebab golongan ini hanya memburu jam yang tiada cacat cela.

Terus terang aku bagi tau jam ni masih mengekalkan keaslian ciri-cirinya dan hanya crown rasanya telah ditukar kerana ia kelihatan masih baru sejak aku beli dari rakan pemilik asal.
Lain2 ok je, cermin ada calar halus dan perlu polish bagi mengembalikan kejernihan nya.

Dial pun tak lah seteruk mana kalau nak banding dengan usia beliau yang confirm lebih tua dari umur aku sendiri yang dah 30an ni. Apek tempat aku biasa repair jam tu cakap jam ni lahir sekitar tahun 1950an..tak pasti plak aku status hujah dia tu samada tepat ke tidak...yang pasti jam ni memang dari zaman silam...

Tu dia ada perkataan 'Friendship' pada permukaan dial. Unik tu, bukan boleh jumpa pada jam2 moden sekarang...kalau nak beli jam2 moden memang sangat mudah, pegi je butik2 jam terus boleh beli tapi kalau jam lama macam ni puas ber 'google' baru boleh jumpa tu pun kat ceruk rantau negara jauh2...kat Malaysia ni kat MyLocken je ada...hehehhehee..
poslaju baru 7 ringgit je...

Si bogel ni bukan main seronok lagi dapat menyelam sampai tak sedor aksi beliau dirakam dan di abadikan hingga kini dibelakang jam...masih belum pasti lagi identiti beliau yang sebenarnya, anak sapa la ni...

Tibalah kepada imej penjana masa yang tersimpan rapi dalam perut jam ni.
Movement manual winding 17jewels yang masih cantik bersinar bak kepingan emas

Aku fokus dekat2 kasi korang usya bagi pueh ati...ia masih lancar mengira waktu tanpa jemu...

Ni plak cop berukir pada bahagian dalam case back. Kalau bukak case back baru boleh nampak.

Ni lah tangan aku yang bertuah boleh masuk internet. Satu dunia boleh tengok. Muka aku pun tak dapat interframe tapi tangan pulak dapat...hehehhehe..

Kemas bergaya dengan strap nylon zulu 18mm. Tebal gak strap ni dan selesa dipakai.