Tuesday, December 11, 2012

OMEGA Geneve Automatic - SOLD

 Omega Geneve automatic yang perlu di baik pulih sikit. Disebabkan di daerah teman tinggal takde mekanik handal yang sedia baiki Omega jadi teman ambil keputusan jual je seadanya berpatutan dengan keadaan dan jenama nya yang tak perlu diperkenalkan lagi.

 Rupa yang cantik dan gah tapi ada sedikit masalah enjin. Jarum minit dan jam tak mau bergerak walau jarum saat bergerak cantik dan lancar berpusing 360 darjah tanpa henti. Enjin masih lancar tapi perlu sedikit baik pulih atas masalah seperti yang tersebut di atas.

 Semua part masih ori kecuali strap dan buckle dah takde yang asal. Crown masih asal.

 Cermin pun masih asli. Ada calar2 halus tapi kalau polish jadi suci murni lah semula.

 Box dalam gambar tidak disertakan sebab kawan teman punya, pinjam jap je tu untuk sesi fotografi...

 Ukiran pada permukaan dalam case back cover.

 Tertera kod '20 micron' goldplated pada tengah2 antara dua kaki lug. Ia memberi makna casing jam ni goldplated jadi ia adalah bagus dan tahan lama.

Rupa paras enjin automatic caliber 1022. Enjin bersih dan bersinar keemasan tapi perlu dibaiki kerana mengalami masalah sedikit. Apabila enjin berfungsi dan jarum saat bergerak jarum minit dan jarum jam tak ikut serta, bila adjust secara manual pun kedua2 jarum tu tak ikut serta. Itulah masalah nya atas jam ni. Teman jual murah sebab teman faham dan pasti ia perlu dibaiki dan perlu sejumlah kos. RM450 sangat berpatutan siap poslaju.