Sunday, February 28, 2010

Super Rare : PAGOL 5000 Automatic - SOLD

Model Pagol yang agak RARE dan jadi buruan pengumpul jam lama kerana beberapa perkara (saya dapat tau hal ni hasil cungkil ilmu dari rakan2 otai yang minat jenama Pagol)...
-kerana enjin nya Automatik 25 jewels (jewels nya banyak pak...)
-kerana pokok kelapanya berwarna Hijau (ada yg gold,hitam,perang dll).
-kerana saiz casing yang besar, tebal dan berat.
-Susunan kedudukan pokok kelapa, label jenama Pagol dan angka 5000 yang berbeza dari model pagol yang lain (unik kerana pokok kelapa terletak di pukul 12, biasanya di kedudukan pukul 6).


Diameter casing : 39mm tidak termasuk crown
Lug ke lug : 41mm
Tebal : 13mm
Berat : ? maap,takde penimbang chor...

Kedudukan tarikh menegak yang unik dan menarik...
Kalendar day/date jenis quick-set

Lekuk pada bahagian atas lug tu betul2 buat saya jadi sayang nak jual jam nih...rasa syok tengok design nya dan casing plak besar 'gedabak' dan berat...

Dial agak pudar.Menurut owner asal dial tu tak pernah di gosok atau cuci sendiri tapi menurutnya ia pudar sendiri kerana dimamah usia. Saya pun tak pasti kerana tak tau nak nilaikan keadaan tersebut sebab bukan arif sangat pun dalam bab ni..anda nilaikan lah sendiri kiranya anda arif dan expert...tapi bagaimana pun ia tidak lah kelihatan cacat mau pun hodoh atau terlalu buruk... sedang2 lah untuk dirinya yang bergelar 'jam vintaj'...

Crown, folding clasp dan bracelet s/steel tu menurut owner juga tak pernah tukar..masih ori katanya..

Cover belakang casing ada imej pokok kelapa...'Pagol Swiss'.

Bahagian dalam penutup belakang...

Kelibat enjin 25 jewels automatik...masih agak bersih dan kemas..

Fokus dekat pada 'biji-biji' bracelet 'yang dikenali sebagai 'beads of rice'..Omega dan Rado pun ada gak guna bracelet model nih...check it out!