Tuesday, February 16, 2010

Vintage Germany 'CUCKOO CLOCK' - SOLD


Salam semua, saya tidak pandai dalam hal jam 'cuckoo' ni dan ini first time beli kerana nak cuba mendalami seni jam jenis ni pulak selain dari jam tangan. Ternyata saya kurang berminat dan berniat utk menjualnya semula. Melalui rakan2 yang 'ahli' dalam bidang ni saya mendapatkan sedikit khidmat nasihat tentang berbagai perkara dan termasuklah juga harga jualan yang sesuai dengan kondisinya yang 'kaku' kerana perlu dibaiki sejak ia dibeli lagi. Menurut kawan jam ini juga sentiasa jadi buruan peminat2 nya kerana jumlahnya agak terhad dan agak sukar lagi didapati berbanding jam2 tangan vintaj.


Sedikit info :
-Buatan German.
-Burung masih ada di dalam sarang nya.
-Peti suara burung masih elok.
-Enjin bersih dan bercop 'Made In Germany disamping cop2 yang lain.
-Fizikal luaran yang masih cantik dan memuaskan.
-Ada beberapa barangan pada jam ini yang telah hilang menurut kawan saya yang telah membelek2 nya selepas ia dibeli tempohari.
-Saiz : Tinggi-235mm (tidak termasuk panjang rantai)
Lebar-235mm (dari tepi ke tepi ukiran bunga2 an)