Sunday, February 28, 2010

SEIKO Sea Lion M88 Automatic - SOLD

Highly Collectible Seiko SeaLion M88 Selfdater Diashock 6205-8000.
Automatik 17 jewels.
Enjin running cemerlang dan tarikh juga berfungsi dengan baik.
Model yang agak unik dikalangan model2 lain dari jenama Seiko Japan.

Enjin automatik 17 jewels yang masih bersih berseri dan kelihatan seakan-akan enjin buatan Swiss...agaknya kerana inilah model 'Singa Laut' ni jadi buruan collectors...

Dial unik dan ada 'cross line'.
Agak pudar dan ada sikit warna tidak sekata pada permukaan dial kerana pudar dimamah usia.
Anak panah menunjukkan kesan sedikit keretakan pada cermin jam. Perlu tukar kalau nak kelihatan sempurna tapi kalau tak tukar pun ok lagi kerana ia kat tepi jer...

Anak panah menunjukkan kesan sedikit keretakan pada cermin jam. Retak tapi tak pecah.
Diameter casing : 37mm termasuk crown, 40.5mm lug ke lug.
Tebal : 11.5mm.
Penanda masa jenis timbul dan cantik seolah-olah tiang2 yang diatur mengikut sisi bulatan dial.

Bracelet s/steel dan folding clasp bertanda jenama Seiko.

Bentuk yang nipis seakan-akan jam yang menggunakan enjin kunci...

Dibuka 'jantung dan nadinya' untuk tontonan umum...inilah enjin buruan pengumpul Seiko yang sejati...Japan Made.