Monday, February 28, 2011

BERITA BAIK UNTUK SEIKO COLLECTOR! - SOLD

KING SEIKO : SOLD
SEIKO LORD MATIC : SOLD
SEIKO WORLD TIME : JUALAN DITARIK SEMULA


Tiga unit model Seiko berprestij tinggi untuk dijual. Seiko KS, Seiko World Time, Seiko Lord Matic. 'Mereka' golongan yang sering jadi buruan Seiko Maniac. Semua ada kelebihan dan kekurangan masing2 so luangkan sedikit masa menyoroti kisah 'mereka' masing2 di sini jika berminat. Harga pun murah jer kalau nak compare dengan harga pasaran sebenar...


1. SEIKO WORLD TIME GMT
- TAK JADI JUAL
-model 6117-6010
-automatik 17 jewels
-38mmx45mm

-enjin baca masa berfungsi lancar

-kalendar jalan elok, boleh quick-set
-crown original
-model unik dan mahal dalam kategorinya
-model highly collectible (boleh rujuk status model jam ni dari blogger2 yang mahir tentang model2 Seiko untuk lebih keyakinan)


Kekurangan :

*Perlu tukar cermin/polish sebab banyak calar untuk penampilan lebih cantik lagi.
*Bezel bertulis nama bandar GMT di bahagian dalam jammed,perlu servis.

*Penutup belakang casing bukan yang asal tapi bersesuaian dan tiada masalah.
bersama rakan2 yang sama2 nak dilepaskan dari belenggu MyLocken..wait for new owner..
model most wanted dalam family Seiko...kategori 'wajib ada' bagi pemburu2 Seiko vintaj...
Masih lawa dan berprestij, cuma aku je yang kurang excited dengan kerabat2 Jepun model nih..tapi ada juga model Jepun ni yang jadi idaman tapi bukan seiras beliau...
Enjin ori buatan SEIKOSHA...rare...confirm ori Jepun!
Crown original bersaiz besar dan berbeza dari bentuk model Seiko biasa...
Penutup casing telah ditukar kepada yang lain tapi boleh fit dan bersesuaian, tah kemana yang asal aku pun tak tau apa yang owner lepas dah buat...


2. SEIKO KS (KING SEIKO)-SOLD
-model 5246-5030
-enjin automatik 25 jewels
-enjin jenis special HI-BEAT!
-saiz casing 34mmx40mm
-enjin berfungsi dengan baik

Kekurangan:
-kalendar tarikh jammed/sangkut, perlu servis
-cermin perlu polish/tukar sebab ada calar tapi tidak serius
-dial ada kesan penuaan tapi masih elok dan bersesuaian dengan title vintaj
Model paling berprestij dalam keluarga Seiko berbanding dua rakanya di atas.
next...
Hanya setakat ini aku mampu buka, selebihnya tak boleh lagi dah sebab risau rosak sebab aku memang tak tau nak bedah siasat isi perut jam2 complicated macam nih tapi kalau setakat yang guna back case screw down tu boleh lah..jadi kita sama2 tak dapat tengok enjin, menurut owner asal enjin sah original...
Emblem 'KS' yang timbul dan sangat menarik sekali..dial two-tone ada sikit2 kesan tercemar akibat penuaan...raja yang semakin uzur..Raja Seiko...

3. SEIKO LORD MATIC (LM)-SOLD
-model 5606-7010
-automatik 25 jewels

-37.5mmx40mm
-dial cantik ada corak garis2 pada permukaan

-model unik seakan-akan model swiss kerana tidak boleh buka dari belakang casing untuk lihat enjin, perlu buka dari depan sahaja -crown original lagi

Kekurangan :
*Perlu tukar cermin/polish sebab banyak calar.

*Kalendar pada asalnya jenis quick-set
tapi jammed, perlu servis
*Enjin running tak menentu kadang ok kadang sangkut2, perlu servis
Cantik tapi perlu selengaraan rapi untuk kembalikan seri...
Zoom dekat menampakkan garis2 halus dan clar pada permukaan cermin acrylic...
Jarum dan dial masih original
Emblem 'LM' macam juga model KS, timbul dan berkilau...
Penutup belakang casing terpahat teks2 yang membawa maksud2 tertentu...