Wednesday, February 16, 2011

Longines ULTRA-CHRON Hi Beat 36000 - SOLD

Jenama yang tidak asing lagi tidak kira model vintaj atau moden. Kali ini aku sajikan sebiji model jenama Longines yang menggunakan movement automatic special high-beat 36000 dengan dua fungsi auto dan manual. Dengan bentuk unik ala-ala tonneu shape ia menggamit rasa ingin tahu collector tegar sperti anda.

Logo pada permukaan dia yang telah aku besarkan dengan zoom gaya bebas cacamarba.

Posing yang pasti menarik peminatnya mendekati dengan lebih rapat....

Terdapat sedikit kesan seperti pudar dan terkopek pada tepi beberapa tempat di keliling dial tapi hanpir tak kelihatan kalau tak zoom fokus dekat2 macam gambar nih....

Logo emblem ULTRA-CHRON tu kelihatan macam steel dan timbul plak tu...

Kedudukan tarikh unik pada pukul 4.30..jarang benor jam vintaj buat macam ni...

Guna strap kulit biasa, buckle pun tak ori.

No siri produk kot rasanya nih..aku bukan tau sangat...tapi tu lah yang aku dapat snap sebagai tatapan peminat beliau...

Ok sekarang nak cerita sikit pasal masalah yang ada pada jam lawa nih. Anda boleh nampak gambar movement di atas kan? Ok, hujung arrow tu menunjukkan kedudukan lubang skru untuk mengikat rotor automatik. Lubang skru ni telah loose dan oleh itu rotor automatik yang lawa kat gambar seterusnya tu tak boleh ikat balik so buat masa ni movement ni berfungsi menggunakan kaedah kunci atau manual wind sebagai option kedua akibat fungsi autonya telah tergendala.

Ni lah dia rotor untuk fungsi automatik jam ni. Masih elok, lawa dan original tapi perlukan seorang pakar yang boleh pasangkan dia balik pada tempat nya di tengah2 movement high-beat tu. Jika anda ada kenal mekanik handal boleh tampil dan bawa pulang jam ni untuk dibaiki kerana aku ketandusan mekanik handal di daerah tempat aku nih.

Macam ni lah rupa dia kalau dalam rupa paras normal sebelum tercabutnya Sang Rotor tu dulu dari singgahsana nya.

Cop pada permukaan dalam penutup belakang casing.

Masih tetap lawa walau ada sikit masalah pada movement. Walau begitu ia tetap berfungsi menghitung waktu dengan kaedah kunci dan jalan.