Wednesday, February 9, 2011

Longines Automatic - 4u2fix - SOLD


Jam ini berkeadaan masih cantik tapi kurang sempurna. Ia boleh jadi dua keadaan iaitu akan jadi alat ganti untuk Longines yang sama model atau terus dibaik pulih dan digunakan semula.
Bergantung kepada anda untuk menentukan statusnya mengikut kepakaran dan keperluan masing2.

Untuk pengetahuan jam ini telah kehilangan penutup belakang casing nya.
Hilang entah kemana dan masih belum berganti. Jika anda ada simpan lebih2 penutup yang boleh ngam dengan jam ni kira boleh grab lah jam ni dan terus baiki untuk digunakan semula pasal pada pemerhatian aku jam ni masih mengekalkan komponen asal walau dah tak berfungsi lagi dah. Boleh repair lagi rasanya.

Dial dengan jarum elok lagi. lawa tu tak la sangat kot tapi kira boleh laaa....


Rupa paras yang masih agak elok dalam kategori vintaj dan tidak keterlaluan dikatakan masih mengancam jiwa2 pemburu jenama ini. Sila teliti gambar2 disertakan untuk buat penelitian lanjut.




Kaki lug cun lagi...

Enjin masih lawa dan lengkap walau dah tak bernyawa. Masih boleh baiki.


Casing gold electroplated 20 micron. Tu arrow aku buat untuk tunjuk teks pada tepi casing membuktikan ia gold plated.

Casing jam ni boleh dibelah kepada dua bahagian atas dan bawah pada bahagian yang aku letak arrow tuh...kira boleh asing2 kan la...